Mudah rupanya nak buat Pau Goreng Inti Kacang Merah ni. Gebu-gebu kejadiannya tu!

Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu. Cik tie suka goreng pau agak garing sikit supaya bila gigit luarnya garing dalamnya gebu gitew. Yang tak nak garing di luar tu nak luarnya lembut, tak perlu goreng lama. Ikut selera nak macam mana.

Buat sendiri kita letak inti lebih, barulah puas hati makan. Boleh buat untuk breakfast atau pun minum petang.
Cik tie tepek resepi di sini ye. Cubalah ye, rangup di luar lembut di dalam. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 800 gram tepung gandum.
  • 1 biji telur.
  • 3 sudu besar planta.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 1 sudu kecil gula.
  • ½ gelas air suam.
  • 1 peket yis.
  • Air sejuk secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan gula, yis & air suam. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.
  2. Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat & bancuhan yis.
  3. Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air tu masukkan sedikit2 ye supaya doh tak terlebih air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Kemudian rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda. Kemudian, tumbuk2 manja sikit doh gitu, supaya udara keluar.
  5. Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah & bulat2kan. Buat sendiri letak inti meriah gitu.
  6. Dalam dulang untuk susun pau tu, pastikan taburkan dengan tepung dulu. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.
  7. Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana. Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknye turun.
Baca juga :  Cara membuat Nasi Ayam Claypot

Sedapnye makan panas, dengan intinya yang meriah. Selamat mencuba korang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.