Resepi Sarapan/minum petang sedap anda. Jom cuba Bakwan Sayur Seafood yang rangup dan lembut didalam!

Buat yang pening fikir nak masak apelah untuk sarapan makan pagi & makan petang, apakata korang cuba resepi bakwan ni.

Bakwan sayur yang confirm rangup, memang sedap & berkhasiat. Boleh pikat selera anak, yang cerewet makan sayur pun suka bakwan. Nampak macam sama cucur, tapi rasanya agak lain sebab ada beberapa tambahan bahan yang buatkan makan tak boleh berhenti. Goreng nipis nipis bakwan ni akan rangup.

Nak sediakan pun mudah & bahan-bahan pun ringkas sahaja. Jangan buang masa. Jom cuba. Sebelum cuba baca betul-betul dulu bahan & caranya ye. Segala tips yang diberi jangan derhaka, nanti tak jadi.

Bahan-Bahan Bakwan Sayur oleh Puan Khadijah Jaafar:

  • 1 ½ cawan tepung gandum.
  • ½ cawan tepung beras.
  • 1 cawan isi jagung.
  • 1½ cawan lobak merah – disagat halus.
  • 1 ½ cawan kobis – dihiris halus.
  • 1 batang daun bawang – dihiris halus.
  • 6 ekor udang – dipotong kecil – optional(tak nak letak tak pe).
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur.
  • Air sejuk secukupnya.
  • Nak letak taugeh pun boleh.

Bahan-bahan bumbu/rempah:

  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar.
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam.
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis.
  • ½ sudu kecil garam.
  • ½ sudu kecil gula.
Baca juga :  Cara untuk membuat Chocolate Sponge Cake yang sangat flawless dan gebu!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang (yang ni tak nak letak pun tak pe, nak ganti dengan ikan bilis pun boleh) & bawang putih yang sudah ditumbuk hancur.
  2. Langkah seterusnya, masukkan bahan bumbu iaitu, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula garam.
  3. Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk ye. Adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis & rangup. Rasa tu, ikut pada selera, boleh adjust garam & gula. Sesedap rasa. *Jika cair boleh tambahkan sedikit lagi gandum.
  4. Panaskan minyak, bila minyak dah panas. Ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas . Pastikan kuali betul-betul panas, supaya adunan tidak melekat pada kuali. Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas. Goreng sehingga garing, ikutlah pada tahap kegaringan yang korang suka. Angkat & toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah. Saya suka cicah dengan sos cili thai.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Montok Gebu Jagung bersama Sayur yang sangat disukai seisi keluarga.

Selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.