Pajeri Mangga ni kalau dah kena sekali memang tak boleh berhenti makan la. Sedap sangat!

Hari nih saya buat pajeri mangga sekuali besar. Anda semua pernah masak tak pajeri mangga? Jom kita cuba Pajeri Mangga yang membuka selera kita sekeluarga! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Uwan Nolly Epin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 15 biji mangga muda yang telah dibuang kulit, dibelah 2 dan direndam dengan air garam untuk kurangkan rasa masam.
  • 20 biji bawang merah*.
  • 10 biji bawang putih *.
  • 2 inci halia*.

Kisarkan bersama-sama 3 bahan-bahan diatas.

  • Rempah 4 sekawan.
  • 2 sudu besar serbuk cili.
  • Rempah kari daging secukupnya.
  • 3 senduk santan pekat.
  • Nise @ gula merah.
  • Maggi cukup rasa & garam secukupnya.
  • Udang kering bersama ikan bilis dikisar.
  • Kerisik dari 1/2 biji kelapa.
  • Minyak untuk menumis.
Baca juga :  Menu Lunch dan Dinner untuk anda. Ayam Masak Kicap Pedas Manis

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
  2. Masukkan rempah 4 sekawan dan sambung tumis seketika. Bila dah mendidih masukkan udang kering & ikan bilis.
  3. Kemudian masukkan serbuk cili dan rempah kari. Kacau sehingga pecah minyak dah menjadi garing.
  4. Masukkan sedikit air dan sambung masak lagi. Bila dah mendidih masukkan buah mangga dan santan dan gaul sebati.
  5. Kemudian, masukkn kerisik dan gula nise secukupnya. Seimbangkan rasanya biarkan sesuai dengan selera anda. Masukkan garam jika perlu.
  6. Masak lagi sehingga kuah pajeri menjadi pekat. Kemudian boleh tutup api.
Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Pajeri Terung yang sangat menyelerakan.

 

Kalau anda suka yang berkuah boleh tutup api awal. Kalau suka pekat dan kering boleh tutup api lambat sikit. Siap dah untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas-panas memang padu. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.