Cara buat Pati Lemon Madu. Cuma tambahkan air sahaja bila nak minum! Boleh rendahkan kolestrol anda kelak.

Cara buat Pati Lemon Madu. Cuma tambahkan air sahaja bila nak minum! Lemon madu ni saya buat banyak-banyak sebagai stok saya. Lagi lama simpan lagi sedap tau. Boleh makan dengan buah lemonnya sekali. Jangan risau sebab tak akan rasa pahit pun.

Apa yang kita nak buat ni betul-betul pati ya. Bila kita nak makan atau minum kena tambah air! Nak buat untuk ubat batuk pun boleh ataupun campur dalam teh, jadilah dia teh lemon.

Bahan-bahan dan cara untuk membuatnya:

  1. 6 biji lemon direndam sekejap dengan air garam dalam 10 minit.
  2. Kemudian bilas dan basuh bersih. Jangan lupa lemon tu kita potong nipis-nipis dan buang biji.
  3. Tambahkan halia. Tapi kalau tak suka halia tak payah letak. Tapi sebenarnya halia bagus tau untuk kesihatan kita.
  4. Kemudian, masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli, secubit garam dan yang paling penting jangan tambah air.
  5. Gaulkan kesemua bahan sampai sebati. Nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup untuk jadikan pati yang sedap.
  6. Bila dah sebati boleh la masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, esoknya boleh guna.
Baca juga :  Cara dan Resepi Kepak Ayam Bakar Madu. Memang lengkap semua rasa kalau guna resepi ini!

Saya minum sehari sekali seblum tidur untuk kurangkan kolestrol. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.