Cara untuk membuat Pajeri Terung. Pembuka selera yang sangat power!

Cara untuk membuat Pajeri Terung. Pembuka selera yang sangat power! hampa suka versi kering kuah pekat atau berkuah? Jom kita cuba buat sendiri dengan resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 9 hingga 10 biji terung mini. Buang kulit luar selang-selang dan belah 2 jangan sampai putus.
  • 1 biji kelapa parut blender dengan 3 cawan air perah ambil santannya.
  • 2 1/2 senduk minyak masak.

Bahan-bahan tumis:

  • 1 1/2 biji bawang besar (hiris nipis).
  • 5 ulas bawang putih (hiris nipis).
  • 1 inci halia (hiris nipis).
  • 3 hingga 4 kuntum bunga lawang.

Bahan-bahan paste:

  • 2 paket kecil rempah kari ikan brand Baba’s.
  • 1 paket kecik kerisik.
  • 3 – 4 sudu besar udang geragau. Nak guna ikan bilis pun boleh tapi tumbuk dulu tau.
  • 1 1/2 sudu besar gula pasir.
  • 1/2 sudu besar garam.
  • 1 keping asam keping.
  • 1 tangkai daun kari.
  • Sedikit bahan perasa.
  • 1 cawan air.
Baca juga :  Suka Makan Kulit Ayam Goreng Tapi Risau Lemak? Jom Cuba Kulit Ayam Crispy Guna Telur Sahaja!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan paste dan kacau hingga sebati. Panaskan minyak dan tumiskan bawang-bawang dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan paste dan tumis lagi menggunakan api sederhana yer. Kacau hingga naik minyak.
  3. Apabila dah naik minyak masukkan santan dan biarkan ianya mendidih seketika.
  4. Kemudian, masukkan terung dan sambung masak. Bila kuah dah mula pekat, terung menjadi lembut dan dan terbit minyak bolehlah tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Bila dah siap tu boleh cedok buang lebihan minyak. Silakan Share dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.