Jom cuba masakan Pucuk Ubi Kukus Telur Masak Lemak. Kesedapan dia lain daripada yang lain tau!

Jom cuba masakan Pucuk Ubi Kukus Masak Lemak. Kesedapan dia lain daripada yang lain tau! Ada yang kata kita kreatif olah pucuk ubi jadi empat segi. Ada jugak yang kata first time tengok menu macam ni. Sebenarnya resepi ni bukan idea kita. Kita belajar masa berkunjung ke rumah sahabat mentua di Bandung Indonesia lebih kurang lapan tahun lepas. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suzana Othman. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah (Bahan A):

  • 1 ikat pucuk ubi yang telah direbus dengan garam sehingga lembut kemudian toskan airnya.
  • 10 biji telur ayam.
  • Garam secukupnya.

Cara mengolah Bahan A:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk kemudian masukkan sedikit garam dan pukul telur sehingga kembang.
  2. Sediakan loyang, oleskan sedikit minyak supaya tak melekat kemudian masukkan pucuk ubi ke dalam loyang.
  3. Curahkan telur yang telah kita pukul tadi ke atas pucuk ubi yang diletakkan dalam loyan tadi. Ttekan-tekan sedikit supaya ianya padat.
  4. Panaskan pengukus, kukus pucuk ubi dalam loyang tadi sehingga masak. Cara nak tahu sama ada dah masak atau belum ialah dengan menekan permukaan pucuk ubi. Kalau dah keras dan padat bermakna dah masak.
  5. Keluarkan bahan kukusan kita tadi dari pengukus dan sejukkan pada suhu bilik. Bila dah betul-betul sejuk baru boleh dipotong ikut saiz yg diingini.
Baca juga :  Resepi Kek Pisang yang pastinya melengkapkan kudapan petang anda!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah (Bahan b):

  • 1 biji bawang besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • Segenggam ikan bilis.

Kisarkan 3 bahan diatas bersama-sama.

  • Pucuk ubi kukus yang dah siap dipotong
  • 1 kotak kecil santan kelapa.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • Garam, Minyak masak untuk menumis dan Air secukupnya.

Cara-cara menyediakan hidangan lengkap:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan air secukupnya.
  2. Masukkan pucuk ubi kukus yang dah dipotong tadi.
  3. Masukkan santan, perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka. Kacau perlahan hingga mendidih. Tutup api. Taburkan cili merah semasa menghidang.
  4. Dah siap pucuk ubi kukus yang sedap ni. Walaupun pembuatannya agak renyah tapi percayalah, ia sangat berbaloi bila tengok anak-anak makan sayur tanpa dipaksa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mi / Bihun Celup Thai. Lengkap dengan resepi Air Lada yang padu!

Selamat mencuba

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.