Resepi untuk membuat Creamy Chicken Mushroom Pie. Inti yang Enak, padu dan padat!

Harini main masak-masak dengan mak. Buat creamy mushroom chicken pie. Dari kecik lagi, bila mak saya ajak saya main-main. Dia akan ajak main masak-masak. Tapi bukan masak main-main. Masak betul betul yang boleh dimakan.

Terima kasih kepada Puan Adlina Adlyenna kerana berkongi resepi hebat ini. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Pastry. Saya beli yang ready made je sebab malas nak bancuh.

Untuk filling atau inti sediakan bahan dibawah:

  • Cendawan tin (dipotong dadu/dihiris).
  • Dada ayam (dipotong dadu).
  • Bawang holland (dipotong dadu).
  • Bawang putih (dipotong dadu).
  • 2 sudu chili flakes (nak lebih pun boleh ikut tahap kepedasan sendiri).
  • 2 sudu lada hitam.
  • 1 sudu tepung gandum.
  • 1 sudu kecil mix herbs.
  • 100 ml cooking cream.
  • Garam secukup rasa.
Baca juga :  Resepi Ayam Bakar Meraung yang tersangat sedap. Tengok gambar pun dah terliur.

Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Tumiskan bahan seperti Bawang, holland, bawang putih,cendawan, ayam sehingga garing.
  2. Kemudian, masukan chiliflakes, lada,hitam, garam, tepung dan cooking cream. Biarkan sekejap sehingga masak.
  3. Dah siap filings / intinya kita boleh design pie dengan pastry ikut kreativiti anda.
  4. Kemudian, bakar pie kita tadi menggunakan suhu 180-200°c selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Selamat bermain masak-masak semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.