Resepi Nasi Komok bersama ayam goreng dan sambal. Menu ni bau dia sedap sangat!

Iftar day 8. Alhamdulillah. Orang kata nasi komok ni macam nasi beriyani tapi ala Thai. Bau sedap sangat nasi & ayam goreng tu. Sebab sedap save la resepi dekat sini, senang nanti nak refer. Sukatan saya ikut yang masak hari ni ye. Resepi asal portion dia banyak. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Sharinaz Redwan.

Bahan-bahan untuk Nasi Komok:

  • 2 1/2 pot beras basmati (beras biasa pun boleh).
  • 2 sb serbuk kurma.
  • 1 sk serbuk jintan manis.
  • 1 sk serbuk jintan putih.
  • 1 sk serbuk kunyit.
  • 1/2 sk serbuk kayu manis.
  • 2-3 ketul ayam.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 3-4 kuntum bunga lawang.

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan semua rempah, bancuh dengan air sikit. Tumis bunga lawang & kulit kayu manis dulu, kemudian masuk rempah tadi, masak sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sampai ayam dah keluar air.
  3. Cuci beras, masukkan rempah tadi, sukat air macam biasa. Masak pun macam biasa.
Baca juga :  Resepi Telur Rebus Berlada Ikan Bilis. Mudah dan cepat disediakan.

Bahan-bahan untuk Ayam Goreng:

  • 1/2 ekor ayam.
  • 2 batang serai.
  • 1 sb ketumbar.
  • 1/2 sk serbuk kunyit.
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 labu bawang putih.
  • 1 ini halia.
  • 1 sb tepung gandum.
  • 1 sb tepung beras.
  • Sedikit pewarna merah (saya guna paprika).
  • Sedikit garam. Boleh tambah perasa kalau suka.

Blend semua, gaul bersama ayam. Perap min sejam baru sedap sikit ayam. Nanti goreng.

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 biji cili merah.
  • 10 biji cili padi.
  • 2 sb cuka.
  • Akar daun ketumbar.
  • Sedikit garam.
  • Gula.
  • Air.

Blend semua di atas, masak kejap sampai pekat. Boleh tabur daun ketumbar. Boleh add on sup. Ikut sendiri la resepi sup okay. Sedap nasi ni, tryla. Semoga bermanfaat.

Baca juga :  Cara Untuk Membuat Masakan Ayam Phad Kra Phao / Daging cincang!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.