Resepi Ayam Bakar Meraung yang tersangat sedap. Tengok gambar pun dah terliur.

Hari ini kakak nak kongsikan kepada anda semua resipi Ayam Meraung. Berinspirasikan Daging Bakar Ala Thai. Tetapi kali ini kakak akan gunakan ayam atas permintaan orang-orang dalam rumah ni. Ayam di potong 4, kakak guna bahagian peha dan betis sahaja dan buang tulang.

Bahan Perapan Ayam (Perlu diperap sekurang-kurangnya 3 jam):

  • Ayam.
  • Akar ketumbar.
  • Bawang putih.
  • Gula perang.
  • Sos ikan.
  • Kicap pekat.
  • Lada sulah/hitam.
  • Minyak.
  1. Kisar semua bahan diatas kemudian lumurkan bahan kisar tadi pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Kakak perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
  3. Untuk memasak, panaskan non stick pan dab letak sedikit minyak kemudian bakar dengan menggunakan api yang kecil.
Baca juga :  Cara untuk membuat Gulai Ayam yang mudah dan sedap
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sarina Seman dan di olah semula untuk penyesusaian pembacaan. Terima kasih ya.

Bahan untuk membuat Sos Pencicah:

  • Sos ikan, Air asam jawa dan sedikit perahan limau nipis.
  • Gula kabung.
  • Serbuk cili kasar.
  • Sedikit beras yang telah digoreng.
  • Daun ketumbar , akar ketumbar, cili padi, bawang merah, bawang putih (semua bahan ini perlu dicincang).
  • Bancuh semua bahan, perasakan dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.