Mesti ada yang suka makan Kacang Goreng Pedas kat sini kan. Boleh dijadikan sebagai lauk ketika makan nasi pun ye jugak. Buat kudapan pun ye jugak. Jadi kami kongsikan kepada anda Resepi untuk membuat Kacang Pedas Ikan Bilis.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg kacang tanah.
  • Segenggam Ikan Bilis.
  • 3 senduk lada mesin (ciliboh).
  • 10 ulas bawang putih dikisar.
  • Minyak secukupnya.
  • Gula dan Garam secukupnya.
  • 2 sudu makan gula merah.
  • 3 biji gula batu.
  • 1/2 cawan air.

Cara untuk membuatnya:

  1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak dengan menggunakan api yang perlahan. Pastikan kacang tadi digoreng sehingga nak garing (jangan sampai pahit) angkat dan toskan minyaknya.
  2. Goreng pula Ikan Bilis sampai garing dan toskan minyaknya.
  3. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan sesenduk je dalam kuali tu dan anda tumiskan pula bawang putih tadi sampai kekuningan sikit.
  4. Kemudian, masukkan lada mesin, gula, garam, gula merah dan gula batu termasuk air,. Gunakan api yang perlahan dan kacau sehingga dia likat dan pekat. Sambil tu rasa la, apa-apa yang kurang tambah.
  5. Apabila dah cukup rasa semua rasa, anda tutup la api dan biarkan sejuk.
  6. Bila dah betul-betul sejuk baru la anda gaulkan kacang dan Ikan Bilis dalam lada tu tadi. Masukkan dalam tapis untuk toskan minyak dan simpan dalam bekas bertutup. Siap la untuk dijamah.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Faizah Md. Zain.