Resepi Kacang Tanah Bersalut Tepung. Kudapan yang membahagiakan sambil tengok tv!

Resepi kacang tanah bersalut tepung sedap untuk kudap-kudap. Selamat mencuba! Resepi diambil dari Google, page Dari Dapur Kak Tie, dan diolah sendiri.

Bahan-bahan:

  • 500g kacang tanah ( sy guna 600g ).
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 2 biji telur.
  • 2 sudu kecil garam.
  • 2 sudu besar gula.
  • 5 ulas bawang putih ( sy guna 7biji, ditumbuk )
  • 5 sudu besar tepung gandum.
  • 1 sudu besar tepung beras.

Cara-cara:

  1. Basuh kacang tanah sehingga bersih dan toskan.
  2. Bakar kacang tanah separuh-separuh guna air fryer pada suhu 180┬░ 5minit. ( Supaya kacang yg dibasuh kering dan separuh masak ).
  3. Campurkan bahan no 2, 3, 4, 5 dan 6.( Kacau sehingga garam dan gula hancur.
  4. Masukkan bahan no 7 dan 8. Gaulkan kesemuanya. Masukkan kacang dan gaul lagi sehingga semua kacang bersalut tepung.
  5. Panaskan minyak. Masukkan kacang dan kacau kacang dalam minyak supaya tidak berketul dan bergumpal.
  6. Bila kacang dah keperangan, angkat dan toskan minyak. Biarkan sejuk.
  7. Boleh lah masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan.

Bila dah siap, Zaid pun tanya, ummi tu nak bagi kat orang ka? Dakk…ummi buat untuk Zaid lah. Zaid : It so tasty!┬áResepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ilham Syuhada Azizan. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.