Macamni rupanya nak buat bancuhan Ikan Celup Tepung rangup serta Tips membuat bancuhan tepung menggorengnya!

Cikgu nak pecah rahsia lagi kali ni. Tak perlu air kapur pun untuk buat ikan celup tepung untuk hasil yang rangup. Menu ini popular la dekat Kelantan tu. Kalau bukan makan dengan nasi kerabu, boleh ratah cicah dengan colek. Menu tepi pantai namanya.

Haa tapi nak buat celup-celup tepung begini haruslah ‘habuk’ atau serdaknya mesti halus dan rangup. Meh cikgu nak bagi tips paling mudah cara nak buatnya. Boleh guna resepi yang sama juga untuk buat pisang goreng cara orang Kelate jual. Jom baca resepi berguna cikgu di bawah.

RESEPI IKAN CELUP TEPUNG. Sukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang.

Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas:

  • 7 sudu besar tepung beras.
  • 1/3 sudu kecil garam.
  • 1/3 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja.
  • 1/2 cawan kecil air sejuk.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Halia sihat tanpa minyak dan yang pasti lagi sedap.

Kacau rata semua bahan tadi. Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.

Tips untuk bahan goreng yang cantik:

  1. Guna minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan).
  2. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya.
  3. Ini teknik yang cikgu ubah. Sebelum ini cikgu celup guna tangan lalu merenjis sekali adunan tepung.
  4. Teknik barunya, cikgu pakai penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali.
  5. Hasilnya memang sangat menarik. ‘Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup.
  6. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras. Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing.
  7. Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan penyepit juga.
  8. Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng.

Semoga bermanfaat buat semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Afy AL Habibi. Terima kasih.

Baca juga :  Jom buat Kuih Tepung Pelita dengan mudah dan cepat. Rasa pun lagi sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.