Resepi dan Cara untuk Membuat Cucur Udang yang Rangup bersama Sos Pencicah Istimewa

Cucur udang atau Coq udang cara saya seikhlasnya. Gebu di dalam, rangup diluar. Kalau makan panas-panas memang sedap lahaiiii. Di tambah pula sos homemade. Cukup rasa, Masam manis dan pedas.

Coq udang ni saya buat bila ada tempahan. Resepi sudah saya sediakan. Boleh la buat diwaktu sarapan atau makan petang. Selamat mencuba semua. Pls doakan saya diperluaskan rezeki ya.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Tepung gandum 1kg.
  • Tepung beras 3 sudu besar.
  • Telur ayam sebiji.
  • Mauripan separuh peket.
  • Garam.
  • Pewarna kuning telur.
  • Kucai (ikut citarasa nak banyak mana).
  • Taugeh ½ kg.
  • Air untuk bancuhan.
  • Udang kertas atau udang harimau (ikut citarasa).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tepung gandum, tepung beras, telur, garam, mauripan dibancuh dengan air.
  2. Kemudian masukkan kucai yang sudah dipotong-potong tadi dan juga taugeh yang sudah dibersihkan dan ditoskan.
  3. Gaul sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  4. Biarkan selama ½ jam atau adunan naik.
  5. Goreng hingga masak dan siap.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Kari Udang bersama bendi. Padu, power dan terpaling sedap!

Nota penting: Jangan biarkan adunan terlalu lama kerana masa menggoreng kuih akan menyerap minyak terlalu banyak nanti.

Sos Istimewa Cucur Udang. Bahan yang diperlukan:

  • Cili merah 5 biji di blender.
  • Cili kering segenggam di blender.
  • Bawang putih 10 ulas di blender.
  • Sos cili 3 sudu besar.
  • Air Asam jawa secukupnya.
  • Gula secukupnya.
  • Garam secubit.

Petua: Lebihkan bawang putih pun takpa, sos akan jadi lebih sedap.

Cara membuatnya:

  • Semua bahan dicampur dan di masak dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Siap.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Rohaya. Terima kasih.

Baca juga :  Resepi Lengkap untuk membuat Kuih Seri Muka Durian

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.