Cara untuk membuat Homemade Sushi dengan Mudah

Homemade Sushi.¬†Sebenarnya senang sangat nak buat. Malaysia ni bagi yang teringin nak makan Sushi. Kami memang jarang membeli apalagi makan di Sushi King. Basic mesti ada “seaweed & mayonis & timun”.

Confirm terubat keinginan lagi-lagi musim PKP skang ni. Kami, kebetulan belum top up lauk & sayur. So apa yang ada. Anak-anak pun dah lama sebut nak buat. Dan ini lah selalunya bekal ke sekolah anak-anak. Kami tambah lobak merah ye.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Nasi.
  • Mayonis.
  • Timun jepun.
  • Lobak merah.
  • Seaweed.
  • Garam.
  • Kicap cair (takde pun takpe je).
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Bihun Goreng Siam

Cara-cara membuatnya:

  1. Lobak merah dan timun jepun. Potong batang mancis dan di dadukan. Ketepikan.
  2. Nasi dan mayonis – Gaul sebati. Tengok pada jenis beras masing-masing. Kami guna beras basmati . 6 cawan nasi + 1 1/2 cawan mayonis. Rasakan dengan garam. Sesuaikan rasa dengan selera sendiri lah ye.
  3. Masukkan Lobak merah & timun yang didadu tadi dan gunting atau racik halus-halus kepingan seaweed.
  4. Sebenarnya, terpulang kepada kreativiti kita sendiri. Nak buat guna acuan mana. Yang penting makanan seimbang dan lengkap. Kami beli acuan di DIY & Daiso.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pengat Pisang bersagu terbaik untuk anda sekeluarga. Sesuai untuk dibuat minum petang.

Resepi Telur Gulung

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji telur ayam.
  • 1/2 cawan air.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • Daun bawang – hiris halus.
  • *Timun.
  • *Lobak merah.
  • Dadu kecil-kecil.
  • Garam.
  • Dadarkan telur dan campurkan semua bahab. Bila dan masak gulung kemas-kemas.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan Puan Zaliha Mohamed. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.