Resepi Spaghetti Goreng Tomyam yang bakal menjadi kegemaran anda sekeluarga!

Hujan lebat hari ni telah membuatkan perut membunyikan signal dengan sangat kuat. Jadi kita cubalah memenuhi permintaannya dengan menu Spaghetti Goreng Tomyam versi Nurhayati Abd Malek. Bahan dia senang sangat oih, Jomlah kita cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 pek spaghetti (Aku lebih suka Vermicelli).
  • 1 cawan ayam cincang/ seafood.
  • 4 sudu besar pes tomyam.
  • 5 ulas bawang putih dikisar.
  • 1 biji bawang holland dikisar.
  • 1 tin bolognese traditional prego.
  • 3 batang serai dititik.
  • 4 helai daun limau purut dibuang urat.
  • 10 biji cili padi dikisar.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bawang yang dah dikisar tadi. Tak nak kisar nak tumbuk pun boleh. Tak nak tumbuk nak potong dadu pun boleh je. Kita buat dia kan.
  2. Lepas dah naik bau, masukkan ayam. Gaul sampai empuk masak ayamnya. Lepastu masukkan lah serai dan daun limau purut sekali. Kemudian masukkan pes tomyam. Kacau lagi.
  3. Masukkan sos prego ni. Kalau korang takde, boleh ganti tomato puri. Kalau takde juga boleh ganti dengan 2-3 biji tomato, korang potong dadu dan masak sampai layu. Tapi kalau nak pasta korang basah sikit, memang kena guna sos prego tu.
  4. Gaulkan kemudian perisakan gula dan garam. Kalau ada kiub pati tomyam pun boleh masukkan sekali.
  5. Seterusnya, masukkan pasta kesukaan korang dan gaul sebati. Masukkan pula telur. Kemudian sambung masak dan gaul sebati. Time ni memang dah berbau tomyam yang sedap satu rumah. Memang naik selera tau.
Baca juga :  Mee Hailam istimewa dengan Kuahnya yang enak dihirup begitu sahaja!

Siapppp! Sedap dimakan waktu hujan sejuk gini. Happy mencuba uolls.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.