Cara untuk membuat Aglio Olio Simple dan sangat menyelerakan.

Cara untuk membuat Aglio Olio Simple dan sangat menyelerakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Masri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket spaghetti.
  • 1 mangkuk udang.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 sudu besar chili flakes.
  • 1 sudu besar lada hitam.
  • 2 sudu besar serbuk oregano.
  • Sedikit daun pasley dihiris halus.
  • 1 kiub ayam.
  • 3 keping cheese (jika suka).
  • Tomato.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam. Rebus selama 7 hingga 8 minit dan toskan. Simpan sedikit air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
  2. Panaskan olive oil atau minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Bila dah naik bau tu, masukkan cili flakes dan daun pasley.
  3. Kemudian, masukkan udang. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
  4. Seterusnya, masukkan sudu serbuk oregano, 1 sudu serbuk lada hitam, 3 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
  5. Kemudian masukkan spaggeti dan tomato. Boleh juga letak sotong atau sosej jika suka. Jika suka cheese boleh juga letak cheese.
Baca juga :  Cara untuk membuat Jem Nanas Homemade tersedap untuk kuih tart anda. Cubalah!

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.