Cara untuk membuat Roti Gulung berinti Sardin. Sarapan pagi anda pasti ceria dengan menu ini!

Cara untuk membuat Roti Gulung berinti Sardin. Sarapan pagi anda pasti ceria dengan menu ini! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Noor Hidayah Samah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk Inti Sardin:

  • 1 tin sardin. Saya ambil isi ikan sahaja kemudian hancurkanya.
  • 1 biji bawang besar dicincang halus.
  • 3 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 3 sudu besar mayonis.
  • Garam dan gula.

Cara untuk membuat Inti Sardin:

  1. Tumiskan bawang hingga wangi. Kemudian, masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sekejap.
  2. Masukkan ikan sardin dan kacau sebati. Perasakan dengan garam & gula.
  3. Masak sehingga sedikit kering. Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
  4. Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas-kemas. Ketepikan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Arab. Mudah dan enak dicicah bersama rendang. Memang padu!

Bahan untuk Bancuhan Tepung Menggoreng:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • 1/4 cawan tepung Bestari original. Kalau suka pedas guna yang spicy.
  • 2 sudu besar marjerin.
  • 2ΒΌ cawan air.

Cara-cara menggoreng:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
  2. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.

Tips tak nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali masa menggoreng. Cukup sekali balik je. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.