Resepi dan cara untuk membuat Kuey Tiaw Fishball Soup yang pastinya menjadi kegemaran anda sekeluarga!

Sedang bermalas- malasan di atas sofa teringin pula makan sesuatu yang panas. Mi segera dah habis. Buka peti ais nampak kuey tiaw dan fishball, terus teringat resepi Sup Fishball dari #Superdaddy haritu. Maka terhasillah!
Kuewtiau Fishball Soup Oleh Nurhayati Malek. Jom kita sama-sama cuba resepi beliau. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ketul isi ayam bersama sedikit bahagian tulang atau kaki ayam.
  • 1 pek kuey tiaw dicelur sekejap dan toskan airnya.
  • 1 pek kecil fishball dibelah dua.
  • 1 pek kecil fishcake dihiris nipis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam serta tulang sampai mendidih. Kemudian, masukkan fishball dan fishcake ke dalamnya. Tak perlu tumis pun ya.
  2. Tambahkan garam, serbuk secukup rasa atau jika ada masukkan 1 kiub pati ayam. Kacau dan tutup api. Siap! Nak sedap lagi makan bersama minyak bawang putih dan cili kicap. Cara buat dia mudah je.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Kuih Lagenda Kuih Karas. Antara kuih paling laku sepanjang masa!

Cara buat Minyak bawang putih:

  1. Hiriskan 1 labu bawang putih.
  2. Kemudian, masukkan minyak dalam kuali kemudian masukkan bawang putih dan hidupkan api paling perlahan.
  3. Kacau sehingga bawang bertukar warna kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan pula tau. Siap.

Cara untuk membuat Cili Kicap:

  1. Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Potong cili ikut suka, lepas tu letak kicap dan perahkan sedikit limau. Siap.

Cara untuk menikmati hidangan ini:

  1. Hidangkan kuey tiaw tadi bersama isi ayam yang dicarik-carik, fishball dan fishcake, hirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.
  2. Waktu nak makan tu anda letaklah minyak bawang putih dan cili kicap. Memang sedap sangat!
Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Montok Gebu Jagung bersama Sayur yang sangat disukai seisi keluarga.

Memang berbaloi untuk anda cuba. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.