Resepi mudah untuk membuat Chicken Mango bersama sosnya yang sedap. Terbaik untuk cicahan anda.

Petang ni terasa nak buat chicken mango. Boleh lajak terus makan malam. Diet kita tolok tepi. Esok baru kita diet balik. Terima kasih Iza Fariza Mohamed.

Bahan untuk membuat sos chicken mango:

  • 3 senduk cili sos thai yang siam punya.
  • 3 senduk gula.
  • 1 senduk air.
  • 3 biji limau nipis besar diambil jusnya.
  • 7 titik kicap manis untuk bagi warna sos cantik.
  • *2 ulas bawang putih.
  • *6 biji cili api.

Cara untuk membuat sosnya:

  1. Bahan yang bertanda ‘ * ‘ dikisar terlebih dahulu. Kemudian, semua bahan diatas dicampur dan dimasak hingga gula hancur. Siap dah sosnya dan ketepikan.
  2. Untuk ayam pula ambil bahagian dada kemudian potong bagi nipis dan gaul bersama tepung bistari original. Goreng sehingga masak. Siap.
  3. Akhir sekali campurkan kedua-dua bahan ini dan gaul sebati. Boleh dimakan begitu saja atau bersama nasi panas.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kerepek Pisang yang rangup. Sesuai sebagai snek dan kudapan anda sekeluarga.

Aksesori tambahan penyedap rasa:

  • Sedikit Daun ketumbar, Cili api, Bawang merah dan mango secukupnya dah dihiris halus. Kemudian taburkan keatas ayam kita tadi.

Semoga resepi ni bermanfaat untuk yang nak mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.