Nama menu ni Roti Heaven. Kesedapannya tengok gambar pun dah boleh tahu. Apa lagi jom la cuba!

Nah pakat2 pi buat. Roti heaven nama diberi. Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Puan Nanny Emma Emma. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 keping roti Gardenia disusun 2 keping 2 keping dalam loyang yang dilapik baking paper. Letakkan sedikit butter macam dalam gambar.
  • 8 biji telur.
  • Semangkok kecil keju mozzarella.
  • Semangkok kecil keju cheddar parut.
  • Semangkuk kecil daging cincang ramly.
  • Sebiji bawang besar didadu.
  • 2 biji cili besar dihiris.
  • Sedikit daun bawang dihiris.
  • Sedikit aji shio black pepper.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Jala dengan mudah dan sedap

Cara membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan diatas dah kacaukan sehingga sebati.
  2. Kemudian bahan tadi dituangkan keatas roti yang telah disusun elok dalam loyang.
  3. Bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas dan bawah  selama 25 minit atau sampai garing.
  4. Bila dah siap, sesuai dimakan panas-panas bersama yang tersayang. Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.