Begini caranya untuk membuat Bebola Ayam dengan cepat dan sedap!

Begini caranya untuk membuat Bebola Ayam dengan cepat dan sedap! Bila buat sendiri ni kita yakin dengan apa yang kita makan. Semoga resepi yang dikongsikan oleh Puan Joanna Johan ni memberi manfaat untuk kita semua. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 pek ayam cincang jenama Ramly.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Sedikit lada hitam biji.
  • 3-4 sudu besar tepung gandum.
  • Sedikit garam.
  • Setitis dua minyak bijan.

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam lumat. Dalam mangkuk campurkan isi ayam, bahan tumbuk, garam, tepung gandum dan minyak bijan gaul sebati. Jerang air dalam periuk.
  2. Basahkan jari dan bulatkan adunan kecik-kecik.
  3. Masukkan dalam air mendidih tadi bila timbul bebola dah masak.
  4. Bebola sayur : Tumbuk lumat daun bawang. Saya guna ketumbar jawa. Campurkan dalam adunan.
  5. Bebola pedas : Campurkan serbuk cili dan sos tomato.
Baca juga :  Resepi Dan Cara Membuat Sambal Goreng Jawa

Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.