Nasi Ayam memang menu popular tak kira masa! Ini cara lengkap yang sedap dan mudah untuk disediakan.

Resepi lengkap untuk membuat Nasi Ayam. Memudahkan dan sangat menyelerakan untuk dicuba dihujung minggu!! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Masri. Selamat mencuba.

Bahan untuk ayam (direbus):

  • 1 ekor ayam dipotong.
  • 1 inci halia, diketuk.
  • 1 kiub ayam.
  • 1 kuntum Bunga lawang.
  • 1 batang kayu Manis dan 2 biji buah pelaga.
  • Air secukupnya.

Bahan untuk ayam (diperap):

  • 2 sudu besar kicap pekat dan 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 cm halia, ditumbuk halus.
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus.
  • 1 sudu besar kicap cair.
  • 2 sudu besar madu dan Sedikit gula kabung.

Bahan untuk nasi:

  • 4 cawan beras.
  • 5 cawan air rebusan ayam.
  • 2 sudu besar minyak sapi @ butter.
  • 2 cm halia ditumbuk halus.
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus dan 2 ulas bwg merah ditumbuk halus.
  • Sedikit garam.
  • 2 bunga lawang*.
  • 4 buah pelaga*.
  • 1 kayu manis*.
  • 1 batang serai ketuk dan 2 helai daun pandan.
  • Sedikit Serbuk kunyit.

Bahan untuk sos:

  • 6 biji cili merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 cm halia (jika suka).
  • 1 sudu besar cuka.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu teh gula.
  • 1/2 cawan air.

Bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam.
  • 1 biji bawang merah & 1 ulas bwg putih, dikisar.
  • Rempah sup bunjut.
  • Garam dan Lada sulah secukupnya.
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris.
  • Bawang putih dan bawang merah digoreng.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Mudah dan terlajak sedap.

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas.
  • Kicap manis dan Air rebusan ayam.

Bahan hiasan:

  • Daun salad, Timun dan Tomato.

Cara Penyediaan ayam:

  1. Bersihkan ayam, toskan air.
  2. Rebus ayam bersama kiub ayam , halia, Dan 3. sekawan sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Goreng dalam kepanasan api sederhana sehingga masak. Saya guna AF je.

Cara untuk memasak nasi:

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang hingga wangi.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan Sedikit serbuk kunyit. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun bwg Dan daun sup.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Ketumbar yang sangat menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan pelbagai menu lain.

Cara untuk memasak sos:

  • Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma).

Cara untuk memasak kuah kicap:

  • Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak.

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.