Cara-cara untuk membuat Biscoff Butter Cookies yang wangi, rangup dan enak untuk anda sekeluarga!

Cara-cara untuk membuat Biscoff Butter Cookies yang wangi, rangup dan enak untuk anda sekeluarga! Resepi Biscoff butter cookies ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Masri. Selamat mencuba.

Bahan- Bahan yang diperlukan:

  • 500 gm Pure Butter.
  • 150 gm Gula Icing.
  • 1 camca Teh Butter Vanilla.
  • 60 ml Susu Full Cream/ Susu Segar.
  • 400g Tepung Gandum.
  • 130 gm Tepung Jagung.
  • 180 gm Serbuk Biskut Lotus Biscoff.

Bahan-bahan untuk hiasan atas biskut:

  • 100 gm Biscoff Creamy Spread.
  • 50 gm Biskut Lotus Biscoff dihancurkan.
Baca juga :  Udang Masak Lemak Cili Padi bersama Nanas. Memang tak memandang menu lain dah lepasni!

Cara- Cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan butter dan gula icing kacau selama 5 minit.
  2. Masukkan butter vanilla dan susu, kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit kacau sebati.
  4. Masukkan biskut Lotus Biscoff yang dihancurkan, gaul hingga sebati.
  5. Guna nozel 864, tekan adunan membulat menggunakan piping bag.
  6. Tekan bahagian tengah biskut, pipekan sedikit biscoff creamy spread dan taburkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 25 – 30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.

Selamat Mencuba.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Jeruk Mangga Epal yang rangup dan sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.