Cara dan Resepi Nasi Minyak Kurma. Anda kena cuba. Kesedapan yang lain daripada kebiasaan!

Resepi ni mudah dan simple, boleh dimakan begitu saja ataupun dengan lauk yang korang suka. Fairuz memang suka masak nasi minyak macam ni. Mudah kita nak makan samada begitu je, goreng telur ke, ayam ke, makan sekali. Jimat masa di dapur. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Beras yang telah dibersihkan.
  • Bawang merah 5 biji hiris halus.
  • Bawang putih 4 ulas hiris halus.
  • Serai sebatang diketuk.
  • Halia dalam setengah inci hiris halus.
  • 3 sekawan kayu manis, bunga lawang, cengkih.
  • Serbuk kurma dalam 1 sudu setengah.
  • Susu cair dalam suku tin.
  • Kurma 5 biji buang biji dan pecah-pecah kan.
  • Isi ayam (nak letak sekali tulang ayam pun boleh).
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Kurma. Pekat, lazat dan terbaik dari dapur untuk anda.

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis halia dan serai sehingga garing. Masukkan bawang yang dihiris. Kacau dan tumis sehingga garing.
  2. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Kacau seketika.
  3. Kemudian, Masukkan ayam dan masak biar sedikit empuk.
  4. Letak serbuk kurma dan garam, kacau rata. Masukkan kurma dan kacau lagi.
  5. Masukkan susu. Kacau lagi. Kemudian, masukkan nasi dan sedikit air.
  6. Biarkan sehingga masak. Dah siap!

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN. Jemputlah SHARE sahabat-sahabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.