Sedapnya la Ikan Siakap Masak Stim Masam-masam manis ala Restoran Siam ni. Jom Cuba!

Bila tanya asben, siakap ni nak masak apa? “Stim je lah, saya tengah diet ni”. Hokey, sis menurut perintah. Makanya, seisi keluarga dinner menu diet malam tadi. Jom As sharekan resepi siakap stim masam manis cara mudah. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Asrinna Bakri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ikan siakap siap dibersihkan dan dikelar.
  • 2 batang serai titik dan 3 ulas bawang putih.
  • 1 biji bawang holand/besar.
  • Halia hiris dan Daun ketumbar.
  • Cili padi hiris secukupnya.
  • Limau nipis – ambil jusnya.
  • Sos ikan (nampla),
  • Gula kabung dan Serbuk pati ayam.
  • Sikit tepung jagung -pekatkan kuah (optional).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk bawang putih dan gula kabung.
  2. Masukkan serbuk pati ayam, air limau, sos ikan dan sikit garam.
  3. Gaul sebati. Adjust rasanya ikut kesusaian. Tambah mana yang kurang.
  4. Serai sumbatkan dalam perut ikan.
  5. Cili, halia, daun ketumbar dan bawang olang ditabut atas ikan.
  6. Curahkan bahan tumbuk tadi pada ikan. Kukus ikan 15-20 minit.
  7. Cara nak tahu ikan dh masak. Kuiskan isi ikan pd bahagian yg dikelar. Kalau mudah tertanggal, maksudnya ikan dah masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tresek Jantung Pisang idaman kalbu. Rasa sekali pasti nak lagi!

Hidangkan dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam timun. Sedapnya kemain. Sila save dan share ya. Moga bermanfaat.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.