Resepi Ayam Masak Masam Manis

Kami kongsikan kepada anda yang mesti tengah buntu nak masak apa untuk makan tengahari nanti. Jadi apa kata anda semua cuba buat Ayam Masak Masam Manis ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 dada ayam, potong dadu.
  • Tepung tempura secukupnya.
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang.
  • 2 cili hijau.
  • 2 cili merah
  • Daun bawang secukupnya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Sosnya pula adalah:

  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos plum.
  • 1 sudu besar gula.
  • Lada putih.
  • 1/4 cawan air
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Hatyai. Rasa yang lain daripada ayam goreng biasa. Padu dan sedap!

Cara penyediaanya adalah seperti berikut:

  1. Salutkan ayam dengan tepung tempura, goreng hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan bahan sos, kacau lagi hingga berbuih.
  4. Masukkan ayam, kacau sebati.
  5. Kalau nak sedikit berkuah tambahkan air, tambahkan juga sedikit megi cukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijau dan daun bawang.

Siap untuk dihidangkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.