Nasi goreng planta ni memang boleh dijadikan sebagai pembuka selera. Makan waktu ianya masih panas boleh jadi berpinggan pinggan tanpa sedar. Sempat lagi nak goreng ni buat sarapan. Anak pula pasti bertambah kerana tak pedas pun malahan rasa planta tu akan menjadikan ianya sangat sedap. Cubalah.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hana A. Razak. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Nasi sejuk secukupnya.
- 2 biji bawang merah.
- 2 biji bawang putih.
- 3 biji telur.
- Sedikit Planta atau butter mengikut kegemaran anda.
- Carrot dan Sayur sawi secukupnya.
- Sedikit garam.
Cara-cara untuk membuat Nasi Goreng Planta:
- Cairkan planta dalam kuali. Kalau nak guna butter pun lagi sedap. Ikut apa yang korang ada ketika tu.
- Bila Planta dah cair. Masukkan hirisan bawang dan tumiskan seketika.
- Kemudian, bila bawang dah garing sikit, masukkan carrot. Nak taruk sayur lain boleh aje. Ikut selera memasing.
- Lepas tu pecahkan telur. Saya guna 3 biji telur. Masukkan 3 biji sekali. Pastikan jangan hancurkan. biarkan besar sebab nanti bila gaulkan telur tu akan pecah juga. Lepas tu terus masukkan batang sawi.
- Masukkan garam sikit, tahap kemasinan boleh adjust ikut selesa tekak memasing. Kemudian baru masukkan nasi dan goreng hingga semua bahan sebati. Kalau nampak macam nasi kering, tambah 1 sudu planta/butter lagi.
- Lepas masukkan planta/butter tambahan tadi, terus masukkan daun sayur sawi. kacau sekali lagi dah masak lagi.
Siap dah. Anak-anak konfem bertambah makan. Selamat mencuba.
Assalamualaikum. Dah lama nak cuba resepi ni sampai lah hari ni. Memang sedap. Mudah & sedap sangat. Saya biasanya buat nasi goreng butter ni macam ada yang kurang je dan kadang2 terlalu berminyak. Tapi dah saya follow resepi ni, memang ngam sangat rasa dia. Memang ni lah rasa nasi goreng butter yang saya cari selama ni. Saya cuma tambah 1 lada merah dan cukup rasa je. Thank you dah share resepi ni.