Resepi dan Cara Untuk Membuat Ayam Goreng Ala-ala KFC. Garing rangup serta berjus didalam!

Korang suka makan KFC tak. Haaa apa kata kali ni buat je sendiri. Dapat sebekas besar boleh makan ulang-ulang. Yang pasti gerenti sedap. Jom tengok bahan dan cara  untuk membuatnya.

Bahan-bahan perap:

  • 1 ekor ayam di potong 8.
  • 8 hingga 9 ulas bawang putih dan tumbuk.
  • 3 hingga 4 sudu besar serbuk cili.
  • 2 sudu serbuk kari ayam.
  • 2 sudu teh garam.
  • Secubit Soda Bikarbonat.
  • Sedikit air.

Bahan-bahan utk salut ayam A:

  • 1 sudu serbuk cili.
  • 1 biji telur (pukul dulu).

Bahan untuk salut ayam B:

  • 3 cawan tepung jagung.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • Garam secukup rasa.
  • Secubit Soda bikarbonat.

Cara-cara membuatnya:

  1. Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan.
  2. Gaul bahan2 salut ayam, Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur itu rata-rata.
  3. Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan – bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pada tepung berulang kali, kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B.
  4. Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menutupi ayam dalam tempoh 10-15 minit.
  5. Siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Adunan Crepe Rangup yang enak ala-ala Hot and Rolls. Cubalah!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Amira. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.