Resepi Kuey Teow Kungfu. Sangat enak dimakan panas-panas bersama keluarga.

Selamat pagi semua. Kami nak kongsikan resepi yang memang setiap kedai ada menu ni iaitu Kuey Teow Kungfu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Kata beliau;

Ni adalah menu minum petang kitorang. Dah lama tak buat dan teringin sangat-sangat nak makan. Kalau beli yang kat kedai selalu tak cukup makan. Ni cara saya masak Kuey Teow Kungfu ni ye. Cubalah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sedikit minyak masak.
  • 2 hingga 3 biji telur ayam.
  • 1 paket kuey tiaw dibahagikan mengikut mangkuk seorang makan.

Bahan diatas perlu digoreng bersama ya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kuah:

  • 3 biji bawang putih diketuk.
  • 1 bahagian dada ayam.
  • 10 ekor udang dan sotong.
  • 1 batang lobak merah.
  • 4 biji baby corn.
  • 2 pokok sayur kailan.
  • 1/2 sudu lada sulah.
  • 3 sudu sos tiram.
  • 2 sudu minyak bijan.
  • Sedikit garam.
  • 1/2 kiub ayam.
  • 2 hingga 3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Percik Kelantan dengan kuah percik yang padu dan menyelerakan.

Cara-cara untum membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan kacau sehingga bertukat warna keperangan baru masukkan isi ayam. Kacau lagi sehingga ayam masak.
  2. Masukkan pula sos tiram supaya dapat menaikkan rasa sedap dengan lebih lagi.
  3. Kemudian, masukkan sedikit air bersama kiub ayam. Bila dah hampir menggelegak masukkan pula lobak merah, baby corn, sayur kailan , udang dan sotong kemudian masak sehingga sayur menjadi empuk.
  4. Masukkan pula 1/2 sudu lada sulah berserta sedikit garam sebagai pelengkap rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki. Fungsi tepung jagung adalah untuk memekatkan kuah.
  6. Bila dah siap kuah tadi, curahkan ke dalam pinggan berisi kuey teow goreng yang telah digoreng bersama dengan telur tadi. Menu ni enak dan sedap dimakan panas-panas ya.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kuey Teow Ladna bersama Cili Kicap yang enakk digandingkan bersamanya!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.