Cara dan Resepi Untuk Char Kuey Teow yang sedap dah terbaik.

Kalau ada cili jeruk lagi sedap. Musim kerang sekarang isi dia penuh-penuh. Resepi dibawah paling ringkas & mudah cara saya masak. Hidangan dibawah saya masak setiap pinggan berasingan.

Resepi dan bahan bahan yang diperlukan:

  • Kuey teow (cuci toskan).
  • Cili kering & bawang besar (dblend).
  • Bahan tumis iaitu cili sos, kicap manis, kicap pekat dan sos tiram).
  • Bawang putih diketuk.
  • Taugeh & kucai.
  • Telur.
  • Udang direbus dan asingkan air.
  • Kerang (direbus).

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak. Minyak lebih sikit ye supaya apabila kita masukkan telur nanti kuey teow tak batat. Kuey teow dan minyak dorang ni friend forever.
  2. Tumis bawang putih, masukkan udang, cili diblend 3 sudu besar, 1 sudu besar sos cili, sos tiram, kicap pekat, 5 sudu kicap manis, sedikit garam.
  3. Kacau-kacau dan masukkn air rebusan udang kemudian baru pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kerang, kuey teow, taugeh dan kucai.
  5. Siap. Pastikan guna api yang besar ye. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuey Teow Ladna bersama Cili Kicap yang padu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.