Cara untuk membuat Sambal Bilis Tempoyak paling sempoi versi tumis.

Nah, “Sambal Bilis Tempoyak Petai” paling sempoi versi tumis. Kalau buat sambal ni, kena buat lebih. Kiranya penyelamat ketika si ibu malas memasak. Pastikan semua tingkap dapur dibuka sebelum memasak ya.  Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Liza Idris. Selamat mencuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ikan bilis kena goreng dulu ye. Cara goreng boleh google. Kemudian, kisar 2 biji bawang besar, 1 biji cili merah, 10 biji cili padi dan 2 inci kunyit hidup. Lebihkan cili padi kalau nak pedas ya.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Letak sebatang serai yang diketuk manja.
  3. Masuk 4 sudu tempoyak. Masa ni dia punya harum semerbak sampai menusuk lubang hidung jiran sebelah kau si Senah tu. Kacau biar tempoyak mesra dengan bahan tumis.
  4. Masuk 1 cawan air, kacau lagi supaya tempoyak tadi benar-benar bergaul mesra dengan bahan kisar. Bukan tipu-tipu. Biarkan masak seketika.
  5. Letak 1 atau 2 susu besar gula. Kemudian garam secukup rasa. Terjunkan petai-petai ni dalam kuali. Tudia, dah berbau. Kacau dan kacau lagi.
  6. Tabur 2 helai daun kunyit dihiris halus sebagai penyedap masakan. Gaul hingga mesra. Semesra kasihku padamu.
  7. Gitu kejadian nya. Tutup api biarkan sejuk. Letak ikan bilis yang digoreng tadi.
Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Kacang Pool. Menu popular Negeri Johor

Siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera ya!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.