Ada yang rindu dengan Kuey Teow Theng ni tak? Jom kita buat sendiri. Mudah dan senang je!

Tak boleh rentas negeri nak balik Penang makan kuey teow theng huhu. Tapi jangan risau cukup bahan boleh buat sendiri je. Berikut adalah bahan yang diperlukan dan resepi untuk membuatnya.

Selamat mencuba.

Untuk membuat Supnya.

  1. Rebus Air kosong dalam periuk.
  2. Masukkan ayam bahagian tulang-tulang Dan juga bahagian dada.
  3. Masukkan sengkuang kecil sebiji potong 4/5.
  4. Masukkan 4 biji kecil gula batu, garam, lada Putih, kuib pati ayam seketul.
  5. Biarkan semuanya mendidih Dan ayam empuk.
  6. Keluarkan Dada ayam biarkan sejuk Dan carik2kan isinya
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Gulai Daging Cendawan Sisir. Kita pelbagaikan menu daging kita kali ni!

Untuk membuat Minyak bawang putih.

  1. cincang bawang Putih selabu.
  2. Panaskan 4 sudu besar minyak.
  3. Masukkan bawang Putih cincang kacau2 sehingga bawang garing. Asingkan dalam bekas

Untuk membuat Sambal.

  1. Panaskan 3 sudu besar Minyak masak.
  2. Masukkan sesenduk besar cili kering yg diblend dengan bawang besar.
  3. Masukkan 2 sudu besar serbuk cili kering babas dan sedikit air.
  4. Biar mendidih masukkan gula Dan garam.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan kering.

Bahan-bahan condiments lain.

  1. Fish cake Dan bebola ikan bilas dengan Air panas. Hiris halus.
  2. Daun bawang Dan sup.
  3. Kuey teow yang telah dibilas Air panas.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Istimewa Char Kuey Teow. Sedap sangat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Hafizah Yusoff.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.