Resepi untuk membuat Japanesse Milk Bread yang gebu

Resepi asal roti ni takde inti tau, tapi yang ni saya cuba letak inti kacang merah, peanut butter dengan coklat. Lembut dan gebu sangat-sangat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 300 gram tepung roti.
  • 50 gram whiping cream.
  • 30 gram gula.
  • 1 sudu kecil yis.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 170 gram air sejuk.
  • 25 gram marjerin.
  • 4 jenis pewarna makanan.
  • Sedikit tepung jagung / gandum.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan kecuali marjerin dalam bread maker atau mixer. Bila dah bercampur sebati masukkan pula marjerin dan uli sehingga menjadi elastik.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Letakkan pewarna dan uli hingga warna menjadi sebati. Kemudian perapkan selama lebih kurang 30 hingga 40 minit.
  3. Bila adunan dah kembang, ambil dan uli semula. Bulat-bulatkan adunan dan bahagikan kepada 4 bahagian lagi mengikut setiap warna sehingga kita dapat 16 ketul doh. Agak-agak setiap doh berat anggaran dalam 25 hingga 30 gram.
  4. Sediakan loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Bulatkan doh dan susun sehingga habis. Guna loyang bersaiz 10 inci untuk roti ni.
  5. Biarkan doh kembang semula menjadi 3 kali ganda dari saiz asal. Bila dah kembang, ayakkan sedikit tepung gamdum diatas roti.
  6. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dan bakar selama lebih kurang 20 hingga 25 minit atau sehingga roti masak.
Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Membuat Cream Puff Custard

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.