Cara mudah untuk membuat Kuey Teow sendiri. Dijamin puas hati!

Salam semua. Jom buat kuey teow (kuetiau) di dapur anda sendiri. Dijamin bersih, suci dan halal. Nak bagi family makan pun senang hati kan? Nak resipi tak? Ke semua orang dah tau? Cer komen sikit sape yang nak tu. Atas permintaan ramai saya share resepi ya. Resepi ini adalah kepunyaan Hanita Isman. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500gm tepung beras.
  • 250gm tepung ubi.
  • 1.5L air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bancuh semua bahan dan tapis kemudian kukus dalam dulang macam kukus laksam tu selama lebih kurang 3 minit.
  2. Angkat dan tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari dulang.
  3. Sapu minyak sebelum dilapis ya supaya tak melekat antara satu sama lain. Bila nak makan gulung dan potong memanjang.
Baca juga :  Cuti-cuti ni jom kita cuba Resepi Ayam Masak Butter yang sangat menyelerakan!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.