Kami nak kongsikan kepada anda semua cara yang mudah untuk membuat Mini Murtabak Daging sebagai bekal ataupun sarapan pagi anda. Kata tuan empunya resepi iaitu Norhayati Basri;
Korang ingat akak menebar macam tebar roti canai. Ya ampun! Tak lah kan. Guna kulit popia. Cara mudah dan pantas. Ni bagi idea, minggu depan cuti sekolah. Anak lapar je kan. So kita buat Mini Murtabak je.
Bahan yang diperlukan untuk Inti Mini Murtabak Daging:
- Daging kisar 1 bungkus dan direbus dahulu. Boleh juga guna daging kisar ayam jika tak makan daging.
- 1 sudu besar rempah kari.
- 1 sudu besar rempah kurma.
- Bawang Holland secukupnya dan dipotong dadu.
- Bawang merah & bawang putih secukupnya dan dikisar.
- Sedikit garam.
- Minyak untuk menumis.
- Telur secukupnya.
Cara untuk membuat inti:
- Panaskan minyak, tumis bawang yang telah kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang dikacau dengan sedikit air. Masak sehingga naik bau.
- Dah wangi masukkan pula daging kisar dan bawang Holland. Pastikan Garam secukup rasa kemudian baru sejukkan.
Cara untuk membuat mini murtabak:
- Pecahkan telur secukupnya. Untuk 1 bungkus daging / ayam kisar ni, saya gunakan 6 biji telur. Lagi banyak lagi sedap. Kocakkan telur dan campurkan inti daging / ayam yang telah dimasak.
- Untuk buat mini murtabak, saya gunakan kulit popia yang besar. Sediakan kulit popia. Ambil inti yang dah dicampurkan telur tadi dan letak di tengah. Lipatkan berbentuk segi empat.
- Cara saya, panaskan kuali leper dengan api yang perlahan sambil menyediakan mini murtabak. Bila dah siap lipat, terus masak atas kuali. Letakkan sedikit minyak atas kuali leper tu ya.
Kalau buat sendiri, penuh inti murtabak ni. Mau tak kenyang. Tak adalah makan kulit tepung je atau bawang je lebih. Selamat mencuba.