Cara-cara untuk membuat Korean Spicy Chicken bersalut sos korea yang pedas manis madu. Rangup dan pedas-pedas manis untuk selera anda!

Selalu beli di pasar malam je, sejak PKP ni nak makan kena masak sendiri. Jom kita cuba buat sendiri Korean Spicy Chicken. Rangup dan pedas-pedas manis untuk selera anda! Terima kasih kepada Puan Nur Masri untuk resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan- Bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 ketul ayam.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • Tepung goreng berempah / Bestari.
  • Lada berperisa Aji Shio.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar bawang putih dan halia. Kemudian, gaul pada ayam. Tambahkan serbuk lada berperisa kemudian perap selama 30 minit.
  2. Bancuh 4 sudu besar air dengan 1 sudu besar tepung goreng berempah / Bestari.
  3. Celupkan ayam yang diperap tadi dengan bancuhan tepung kemudian salut dengan tepung goreng berempah / Bestari. Perap 5 minit.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
Baca juga :  Kebanyakan orang Kedah pasti suka Sambal Lengkuas ini. Jom cuba pasti puas hati!

Bahan- Bahan untuk membuat sos korea:

  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 Sudu besar cili kisar.
  • 2 sudu besar cili serbuk.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 Sudu besar sos tomato.
  • 4 sudu besar Madu.
  • Sedikit perahan air lemon.
  • Bijan disangai.

Cara – cara untuk membuat sosnya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
  2. Masukkan cili kisar, cili serbuk, sos cili & sos tomato kemudian kacau seketika.
  3. Masukkan madu dan tambahkan sedikit air. Kalau nak ranggup jangan banyak air.
  4. Masukkan perahan lemon dan perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto. Biarkan sos sejuk seketika untuk mendapatkan ayam yang ranggup.
  5. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul sebati kemudian taburkan bijan yang telah disangai di atas ayam.
Baca juga :  Cara dan resepi lengkap untuk membuat Pure Butter Cake yang gebu dan cantik kejadiannya. Jom cuba!

Selamat mencuba dan selamat menjami selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.