Kebanyakan orang Kedah pasti suka Sambal Lengkuas ini. Jom cuba pasti puas hati!

Kebanyakan orang kedah mesti tau SAMBAL LENGKUAS kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam. Tapi saya suka makan dengan nasi kosong atau ratah pun sedap. Resepi ini diajar oleh ibu mertua orang Baling, Kedah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Jona MJ. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Lengkuas muda sebesar 2 penumbuk.
  • Serai 15 batang.
  • Cili padi 30 tangkai.
  • Belacan sebesar ibu jari.
  • Kerisik 4 sudu besar.
  • Garam secukup rasa.
  • Limau kasturi 5 biji diperah dan diambil jusnya.
Baca juga :  Resepi dan cara lengkap untuk membuat Nasi Dagang termasuk Gulai Ikan Tongkol / Ikan Aya dan Acar Sayur.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk lumat ke semua bahan kecuali kerisik. Kemdian campur dan satukan dalam satu bekas, kacau sehingga semua bahan sebati.
  2. Bila dah cukup rasa semua. Simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru ambil sikit campurkan dengan kerisik.

Tips: Kalau nak tahan lama, boleh sangai atas kuali sampai kering. Dia akan jadi macam serunding la. Kecur air liur masa tengah taip ni. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.