Cara untuk membuat Ikan Bawal masak sambal yang padu dan enak.

Cara untuk membuat Ikan Bawal masak sambal yang padu dan enak. Mudah disediakan sempena Ramadhan kali ini. Menu untuk Ramadhan saya semalam.

Anda semua boleh la cuba ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 potongan ikan bawal (saiz sederhana).
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat).
  • ½ biji tomato(dibelah 4).
  • 2 helai Daun limau purut.
  • 1 sudu besar gula melaka.
  • 1 sudu besar gula putih.
  • 1 sudu kecil rata garam.
  • 1 sudu kecil serbuk perasa.
  • 2 sudu besar perahan asam jawa.

Bahan-bahan kisar:

  • 10 batang cili kering.
  • 2 biji bawang besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1 sudu kecil belacan kiub.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Basuh ikan sehingga bersih. Lumurkan garam dan kunyit.Panaskan kuali dan goreng ikan sehingga masak.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan perahan asam jawa dan daun limau purut. Masak sehingga sambal agak kering dan kemerahan.
  4. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Gaulkan rata dan masak sehingga warna merah gelap.
  5. Kemudian,masukkan bawang merah dan tomato. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata.
  6. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara mudah untuk memasak Pulut hanya guna Rice Cooker. Memang sedap dan jimat masa.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.