Cara untum membuat Udang Masak Merah Madu. Menu yang sangat lazat untuk anda sekeluarga.

Cara untum membuat Udang Masak Merah Madu. Menu Lunch yang sangat lazat untuk anda sekeluarga. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500gram udang(saiz sederhana).
  • 1 biji bawang besar(dipotong bulat).
  • 1 sudu besar kismis.
  • 2 sudu besar madu.
  • 1 sudu besar gula putih.
  • 2 sudu besar Sos tomato.
  • 2 sudu besar Sos cili.
  • 1 sudu besar Sos tiram.
  • Serbuk perasa atau garam (jika perlu).

Bahan-bahan Kisar:

  • 10-15 batang cili kering direbus atau direndam air panas dan toskan.
  • 1 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 cm halia.
  • 2 batang serai.
Baca juga :  Resepi Daging Masak Merah Terangkat

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Panaskan minyak, masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama untuk tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis, madu dan gula. Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.
  4. Masukkan bawang dan udang yang digoreng tadi. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  5. Angkat dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.