Jom buat sendiri Serbuk Colek Thai ni. Makan buah mangga atau jambu batu memang terbaik dengan cicahan ini!

Makan buah mangga atau jambu batu kena dengan Serbuk Colek Thai ni memang mengancam sedapnya! Cara buat ni telah dikongsikan oleh Puan Nur Masri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 tangkai Cili kering.
  • Belacan sebesar ibu jari.
  • 3/4 cawan Udang kering.
  • 1 1/2 cawan gula pasir.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh Cili Kering toskan dan sangai sehingga kering.
  2. Basuh udang kering toskan dan sangai sehingga kering.
  3. Bakar belacan seketika. Setelah bahan tadi sejuk, kita kisar semua bahan guna blender Kering.
  4. Campurkan semua bahan, gaul sebati.
  5. Boleh tambah garam jika kurang masin, jika tidak suka pedas boleh tambah gula. Ikut selera masing-masing. Saya guna Cili Kering jenis tak pedas.
Baca juga :  Budu Tumis ni memang sedap dan pastinya ada peminat yang ramai. Memang pembuka selera yang padu!

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.