Gebu dan mantap! Jom kita cuba Creampuff Custard untuk minum petang.

Dulu saya jual creampuff tapi sekarang dah pencen. Harini Saja la buat untuk anak-anak, selamat skill masih ada. Jom la kita cuba buat bersama. Boleh jadikan menu minum petang kita nanti hujung minggu ni. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Izz Aishah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan Creampuff Kastard:

  • 250 ml air.
  • 100 gram Marjerin Pelangi.
  • 125 gram tepung gandum.
  • 3 biji telur gred B.
  • Esen Vanilla 1 sudu kecil.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan air dan marjerin dalam periuk kemudian masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih. Bila dah mendidih tutup api dan masukkan tepung kemudian kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk.
  2. Biarkan sampai tepung suam, kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixer sampai semua sebati.
  3. Sapukan loyang dengan marjerin. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik tu. Kalau ada acuan pakai la acuan. Kalau tak ada pun takpa.
  4. Susunkan dalam loyang jarak-jarak tau sebab nanti creampuff akan mengembang. Akhir sekali spray dengan air. Bakar pada suhu 180 darjah selama 35 minit.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Kudapan Onion Ring. Garing dan padu beb!

Bahan untuk membuat Custard filling:

  • 250 ml susu cair/Susu full cream.
  • 3 sudu besar tepung kastad.
  • 5 sudu besar gula (Kalau taknak manis sangat boleh kurangkan).
  • 1 sudu kecil esen vanila.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla dan masak atas dapur dengan guna api perlahan.
  2. Masak sampai filling tu mendidih dan kental. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap!

Kalau nak puff kita cantik boleh bubuh snow powder. Inti dia ni kalau korang nak buat guna style lain pun boleh tau. Kita yang buat dia kan. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Cabai Ikan Masin. Rasa sekali pasti rindu nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.