Cara untuk membuat Baby Cakoi yang comel. Gebu dan terbaik dimakan bersama Sos Pandan Custard!

Cara untuk membuat Baby Cakoi yang comel. Gebu dan terbaik dimakan bersama Sos Pandan Custard! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Khadijah. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu teh yis.
  • 1 sudu teh gula halus.
  • 1/2 sudu teh garam.
  • 250 gm air suam.

Cara-Cara membuatnya:

  1. Masukkan air suam, yis, gula dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan garam dan gaul sebati lagi sehingga menjadi doh. Rehatkan doh selama 30 minit.
  3. Selepas rehat, gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit.
  4. Sedia untuk dicanai dan goreng dengan minyak penuh sehingga garing.

Bahan-bahan untuk sos Pandan Kastard:

  • 18 gm tepung gandum.
  • 35gm gula halus.
  • 150 santan KARA.
  • 70 gm air.
  • 1 biji kuning telur.
  • 1 tsp perisa pandan.
  • 1 tsp pewarna pandan.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Kurma Ayam yang Sedap dan Pekat. Setiap hirupan pasti mengasyikkan!

Cara-cara membuat sos:

  1. Masukkan kuning telur dan gula kemudian gaulkan sehingga gula sedikit larut.
  2. Seterunsya masukkan tepung dan gaul hingga rata. Panaskan santan dan air hingga mendidih.
  3. Campurkan santan ke dalam bancuhan telur sedikit demi sedikit. Kemudian, masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Masak diatas api hingga pekat. Bila dah puas hati boleh tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.