Peminat Yong Tau Foo, Resepi kuah super sedap ini untuk anda dan semestinya menjimatkan!

Pastinya yong tau foo ni mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dan perkara yang paling penting mestikah kuahnya. Kalau sedap kuahnya makan sedap la yong tau foo tersebut. Jadi kami nak kongsikan kepada anda resepi kuah super sedap ini untuk anda dan semestinya menjimatkan! Resepi ini telah dikongsikan oleh Maksu. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk membuat kuah:

  • 2 sudu tauchu.
  • 3 cawan gula merah.
  • 2 sudu gula putih.
  • 5 sudu cili kering dikisar.
  • 2 sudu sos cili.
  • 2 sudu kicap.
  • 1 sudu sos tomato.
  • 1 sudu kicap pekat.
  • 3 sudu Pes Otak Udang.
  • Sedikit air.
Baca juga :  Resepi dan Cara Untuk Membuat Ayam Goreng Ala-ala KFC

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan kedalam periuk, kacau dan biarkan kuah mendidih. Jika pekat boleh tambah air sedikit demi sedikit.
  2. Pastikan kuah cukup manis, masin dan pedas. Saya guna sos mudim sebab extra pedas. Sesuaikan rasa mengikut selera anda. Tidak perlu garam sebab kicap dan tauchu dah masin.

Bahan-bahan lain untuk pelengkap hidangan:

  • Kangkung, Sosej, Fiahball/fishcake, Sotong kembang dan Bebola ikan.

Saya beli bebola lobster yang bulat besar tu. Sedap sangat bila kunyah dalam mulut meletup-letup. Bila nak makan, tuang kuah dan boleh tabur kacang tanah dan bijan. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Membuat Yong Tau Foo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.