Cara membuat Nasi Ayam Claypot

Jom cuba masak sendiri Nasi Ayam Claypot. Resepi yang penah dimasak anak dara saya masa balik cuti haritu. Menu yang senang tapi makananya sedap. Siapa-siapa suka pedas boleh makan dengan Sos Cili Thai.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar. Terima kasih.

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 1 tin susu beras.
  • 2 tin susu air.
  • 1 kiub pati ayam.

Bahan-bahan Ayam Kicap:

  • 8 ketul ayam.
  • 4 ulas bawang putih**.
  • 2 inci halia**.
  • 4 biji cili kering- potongĀ².
  • 5 sudu besar kicap manis.
  • 4 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar minyak bijan.
  • Sedikit air.
  • 8 kuntum cendawan shitake kering (rendam bg lembut).
  • Garam dan sedikit gula.
  • Daun bawang dipotong-potong.
Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Mandy. Rasa nasi Dan ayam yang sangat lembut Dan berjus.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan beras, air dan kiub ayam kedalam claypot. Masak hingga nasi separuh masak.
  2. Tumbuk bahan ** dan tumis bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.
  3. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula.Kacau rata. Tutup api.
  4. Bila nasi dah separuh masak, letak ayam cendawan kicap tadi atas nasi. Rata-ratakan kesemuanya diatas nasi.
  5. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.
  6. Masa nk hidang letak 2 biji telur mata – goreng separuh masak (saya tak letak) hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Beriyani bersama Kari Ayam Padu. Rasanya sedap dan enak dari kebiasaanya!

Sedap berbaloi cuba. Selamat memasak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.