Cara untuk membuat Daging Masak Hitam dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja! Padu dan terlajak sedap tau.

Sis suka sangat daging masak hitam pengantin yang geng-geng otai Masjid Bandar Penawar masak. Try and error akhirnya dapat yang sama rasa dengannya! Resepi sangat simple boleh tengok kat gambar tau. Guna daging kambing lagi sodap. Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Syarah Amanina ini. Selamat mencuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Firstly lepas cuci daging, perapkan dia dengan cili boh 2 sudu and kicap. Kicap banyak banyak pun tak apa. Kalau ada kicap pekat lagi bagus. Sebabnya nanti saya bagitahu hehe. Perapkan selama 30 minit pun boleh tapi saya suka perap 1 jam.

2. Haa macam ni laa kejadiannya bila dah combine cili boh & kicap.

3. Bahan tumis pun simple je. 2 Biji bawang merah, 1 biji bawang putih ( bukan 1 labu ye ), Kayu manis dan Bunga lawang. Tumis je sampai jadi coklat and bau dia harum semerbak!

4. Then tuang je perapan tadi dalam ni. Takyah masukkan air tau sebab kicap and air bawang tu pun boleh empukkan daging. Ohh sisa-sisa bawang pada blender boleh masukkan sikit je air. Sebabnya ? Kita tak nak berkuah sangat sebab daging ni jenis kering ye.

Baca juga :  Cara membuat Air Asam Ikan Bakar. Sekali cicah memang terus jatuh cinta!

5. After combine semua jadi macam ni. Oh ye saya tambah kentang sebab kentangkan sedap. Jangan lupa slowkan api. Saya guna induction set 20 minit pada suhu 160 darjah . Tapi kejap-kejap saya kacau kacau tak nak masak setempat jer.

6. Agak dah nak kering, tambah garam secubit and gula sesudu and serbuk blackpepper setengah sudu. Gaul-gaul then tutup periuk bagi dia kering lagi. Daging ni sepatutnya hitam lagi cuma sis tak biarkan betul-betul kering sebab nanti nak makan takde kuah and sebab sis tak guna kicap pekat.

7.  Siap bertambah tau kalau makan ni. Biasa makan mesti lauk sampai ke malam. Tapi kalau masak lauk ni, tengah hari je dah licin suami makan. Duduk rumah bertiga je dengan baby Adam and suami.

Baca juga :  Esok pagi nak sarapan apa tu? Kalau belum ada menu, jom kita cuba Nasi Goreng Cili Padi Ikan Goreng!

8. Haa makanlah sama dengan bilis garing yang sis share haritu. Ok done! Selamat mencuba!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.