Cara lengkap untuk membuat Masakan Daging Dendeng yang terpadu.

Hari ini kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat daging masak dendeng yang amat mudah dan sedap sangat untuk anda cuba. Dapat pula makan bersama nasi panas-panas memang tak hadap menu lain dah lepas tu.

Selamat mencuba ya. Terima kasih kepada Puan Wahida Alya untuk resepi yang terbaik ini.



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging lembu 1 kg.
  • *Serai 4 – 5 batang dikisar.
  • *Bawang besar 4 biji dikisar.
  • *Halia 1 inci dikisar.
  • *Lengkuas 1 inci dikisar.
  • Cili kering dikisar menjadikanya 3 sudu.
  • Kicap manis / masin / pekat untuk bahan perap.
  • Garam, Gula dan Gula melaka (pilihan) secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potong daging mengikut saiz yang bersesuaian. Basuh bersih-bersih dan toskan airnya. Letakkan daging dalam satu bekas kemudian tuangkan kicap manis, masin dan pekat. Jika nak guna kicap manis sahaja pun boleh.
  2. Perapkan dan letakkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.
  3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang bertanda* bersama 3 sudu cili kering.
  4. Tumis sampai cili kering tadi masak barulah dimasukkan daging yang  telah diperapkan dengan kicap tadi.
  5. Sebatikan kesemua bahan barulah masukkan garam dan gula. Masukkan sedikit air dan tutup kuali biarkan sehingga daging tadi empuk dan kering.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Biskut Dam. Kuih paling klasik dan tradisional untuk anda cuba!



Selamat mencuba. Sedikit tips, rebuskan daging tu dulu pun boleh kemudian ketuk barulah dimasak bersama adunan lain.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.