Cara untuk membuat Solok Lada Frozen. Boleh dimakan pada bila-bila masa!

Punya la banyak beli lada SOLOK nak buat jeruk tapi takkan nak jeruk semua. Jadi Rajinkan diri buat SOLOK FROZEN nak makan senang. Sedapnya sama dengan yang baru buat. Bulan puasa ni nak makan kukus dan letak santan sikit. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5-6 ekor ikan selayang.
  • 3 genggam kelapa parut putih.
  • 2 labu bawang besar merah.
  • 1/2 inci halia.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 sdt lada hitam.
  • 1 sdt garam.
  • 1 sdb gula.
  • 15 biji lada solok.
  • 1 cawan santan -diguna masa nak kukus semula lada solok.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan
  2. Amik isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
  3. Tumbuk bawang-bawang halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul rata. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa pedas lada hitam.
  4. Sumbat masuk bahan-bahan isi kedalam lada solok Biar padat-padat montel.
  5. Kukus lada Solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul-betul sejuk sebelum di frozenkan. Siap.
Baca juga :  Dah ada menu minum petang belum? Chicken Floss Bun ni pastinya enak untuk anda sekeluarga!

Bila nak makan keluarkan solok dr freezer biarkan selama 15 minit. Masuk kan dalam periuk curahkan santan atasnya dan kukus dalam 5 minit. Sebentar saja yer sebab SOLOK LADA dah masak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.