Resepi Ikan Masin Masak Lada Putih

Ikan masin lada putih. Mesti banyak antara kita mempunya stok ikan masin. Apa kata kali ni kita cuba buat resepi ikan masin masak lada putih ini. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan yang diperluklan adalah:

  • Ikan masin. Ikut suka apa jenis, di potong kecil dan di goreng.
  • Lada putih. Jumlah ikut suka mengikut tahap kepedasan yang anda mahu. Kalau tiada lada putih boleh tukar dengan cili padi.
  • Bawang putih.
  • Bawang merah.
  • Bawang besar.
  • Air asam Jawa.
  • Garam, Ajinomoto  dan gula.

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Goreng ikan masin sehingga garing.
  2. Tumis Bawang merah dan bawang putih hingga garing dan naik wangi.
  3. Masukkan lada putih yang telah dihiris tadi.
  4. Seterusnya, masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.
  5. Masukkan bawang besar. Tumis dan gaulkan bersama. Tumis sampai warna coklat kecoklatan semua bahan-bahan tadi. Waktu ni boleh sudah tambah perasa seperti garam, ajinomoto dan gula. Saya lebihkan gula untuk seimbangkan rasa masin dari ikan masin.
  6. Masukkan sedikit air asam jawa. Cara lain bolehlah masukkan tomato. Saya guna asam jawa supaya rasa lada putih ikan masin ini semakin sedap.
  7. Siap! Bolehlah dihidangkan dan makan bersama nasi panas-panas. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Ayam Bakar Mayonis yang Padu. Bagi yang dah rasa, mesti anda puas hati dengan rasanya kan.
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.