Bagi penggemar Solok Lada. Ini cara untuk membuatnya bersama Intinya yang padu dan padat dengan kesedapan!

SOLOK LADA ni kalau beli RM2 dapat tiga biji kecil-kecil comel. Buat sendiri ikut selera nak besar kecik setara mana. Sedap gu dengan kari daging, asam pedas melaka dan tentunya sedap sangat makan dengan nasi kerabu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 – 7 ekor ikan selayang.
  • 2 genggam kelapa muda parut.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 1/2 inci halia.
  • 1 sudu teh lada hitam.
  • 1 cawan santan.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu besar gula.
  • 6 – 7 biji cili hijau muda.
Baca juga :  Nak kuih yang cepat disediakan? Jom cuba Resepi Donut Ball 2 Bahan paling mudah untuk disediakan!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Lada muda dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.
  2. Siang ikan, amik isi dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
  3. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam dan gula. Gaul rata-rata. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa lada hitam.
  4. Sumbat masuk bahan-bahan solok kedalam cili. Biar padat-padat montel baru puas hati makan.
  5. Susun solok dalam periuk yang dasar nya dialas dgn kacang panjang atau pucuk ubi kayu. Curahkan santan sederhana pekat.
  6. Guna api kecil dan tutup periuk. Didihkan sampai santan kering. Solok masak bila cili bertukar warna. Siap.
Baca juga :  Cara Lengkap untuk membuat Nasi Ulam yang popular. Jamah sekali pasti tambah lagi.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.