Cara lengkap untuk membuat Wool Bread atau Roti Manis. Gebu beb!

Kak sue share resepi roti manis ,boleh pelbagaikan. Nak buat wool bread pun boleh. Tak kisah nak bentukkan macam mana ikut kreativiti. Boleh buat untuk breakfast. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suhasnida Ismail. Selamt mencuba.

Bahan- bahan yang diperlukan:

  • 850gm tepung high protein.
  • 150gm tepung protein sedang.
  • 60gm susu tepung full cream.
  • 150gm gula.
  • 12gm garam.
  • 4 biji telur.
  • 150gm whipping cream.
  • 150gm susu cair.
  • 200gm ais batu.
  • 16gm yis.
  • 150gm marjerin.
  • 10gm bread improver ( optional).
Baca juga :  Resepi Puff Sardin untuk minum petang anda. Resepi paling simple dan senang dibuat!

Cara- cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan bahan kering kecuali garam, uli sebati.
  2. Masukkan bahan basah, mix sampai menjadi doh dan masukkan garam serta marjerin. Uli sampai doh berkilat.
  3. Timbang dan rehatkan doh sebelum di bentuk. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam loyang yang dah di sapu marjerin/ shortening.
  4. Sapu susu cair/ bahan olesan.Tunggu kembang dan bakar dengan suhu 180c ikut oven memasing.

Bahan Olesan: 1 biji kuning telur + 40gm susu cair. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.